Monday, December 20, 2010

Kalau Cinta – Aliff Aziz & Joanna

Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu
Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Telah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau
Risau risau risau

Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Yang aku perlu
Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Kau ku perlu
Kau jiwaku
Kau cintaku
Kau ku rindu
Kaulah ratu

Kaulah ratu
Kau kau cintaku
Kau ku rindu
Kau jiwaku

p/s : kalau cik fansuri & cik srikandi duet lagu nie mesti lg besh kn ^_^ ahaks

Sunday, December 19, 2010

Kesengalan Melanda

Aduy patah beb
Praaakkk ( bunyi tulang lorh ) tapi bukan patah..ini kisah kami semua eh nie da macam cite upin ipin lak..tukar cahanel..huhuhu em bile korang buat kije mesti korang rase penat kan..bile penat ape korang rase..mesti sengal2 badan kan..jangan tipu tak baik hahaha..tak kesah la korang wat keje pe pon,banyak ke sikit ke,biasenye kene kat orang2 yang da lame tak buat keje ehemmm terase pule hik3..bagus wat keje nie sebenanye lagi2 keje rumah..bile korang yang tak penah kemas rumah tngtibe buat sedemikian percayalah hari tu mesti hujan hahahaha tak pon parents korang tas sapal2 takjub dengan korang..cam aku pedass beb~tak mau citer >_<

Recently aku gi potong dahan pokok ceri kat depan rumah ( sile rujuk old post hehe ) pergh me father da rilex kat bawah giving orders je isk3 aku yang kat atas nie bergelumang dengan dedaun dan belukar aih macam kebun jep..tapi memang perit la..aku da lame tak beraksi macam gini..so,bile selesai jep amal jariah tu aku memang takde pe lagi da tibe jep rumah bammmmm!!! tebongkang atas lantai ( ade bantal empuk ) ish dua pokok beb aku settlekan huhuhu aku baring2 then bile nak bangun tepeliuk lak bahu aku ( sile rujuk bunyik yang kat atas tadi tu haha ) pergh irresistable beb saket giler la..bile bahu bebunyik sume pon nak bunyik ( macam dah planning jep doragng ) tu yang sampai dua hari less movement..

Haaaa part nie aku meminta belas ehsan yang agak jitu dari me father soh die urot2kan sendi and ligaments ecehh..bapak aku pandai gak la seni2 mengurut nih..mengurut keh bukan mengurat hahaha ade la dalam 3 kali sesi pejumpaan hahaha die macam biasela kondem aku baru buat kije sikit merengasnye 1001 macam kui3 tapi serius memng sengal2 my whole body..and at the same time,isk3aku pun turut bersimpati atas insiden yang berlaku kat cik srikandiku..kesian die..haa nak tau ape,kene la tanye die sendiri ini private and classified huhuhu saya mendoakan cik srikandiku cepat sembuh dan berhati2 lah dijalan raye..ingatlah orang yang tersayang isk3

Ini 1st Aid Kit
So,kat sini aku nak ingatkan korang semua termasuk ahli lembaga pengarah menteri hahahaha biase2kan diri korang dengan keje2 jangan jadi cam aku dah lame tak buat keje aleh2 keje dah sengal itu ini dan yang sewaktu dengannya hehahu dan please becareful keh bile buat keje..safety first~ ^_^

Thursday, December 16, 2010

Lahirnya Dia Ke Dunia

Hmmm..alo ladies and gentlemen,tukang kayu and tukang tukang simen,mambang batu and superman hahaha ish dah lame dah ku tak publish new posh nih..entah mengapa hatiku ini sering kali gusar cewaahhh teater la plak..haaa korang,posh kali nie aku nak share cket jep tau hahaha berkenaan dengan majlis cukur jambul. Baru-baru nie buat rumah mak ngah aku coz menantu die yang baru tu da selamat melahirkan cahaya mata (perempuan) dan diberi nama,emmm pe tah aku lupe la panjang sangat kih3 nanti aku kasi tu korang keh.

Nie boyan untuk si comey keh

Apa itu Majlis Bercukur Jambul??

Haaaa bagi mereka yang agak teragak-agak nak jawab dan paling dasat diam jep pabila ditanya,meg aku ade complete set answer untuk korang..

Selepas tujuh hari dari hari bersalin, lazimnya diadakan kenduri nasi kunyit, kerana itulah harinya adat mencukur kepala anak kecil itu dijalankan. Kelengkapan yang disediakan untuk adat mencukur ini adalah seperti berikut:

{ skrg org buat majlis ni lepas ibu habis pantang,.. sbb ibu kene la gak melaram,.. yea la org dtg nak meraikan kelahiran anak }

-Anak kecil atau bayi itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan diletakkan dia di atas buaian yang dihias indah

-Satu dulang berisi tiga biji mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

-Sebiji kelapa mumbang yang besar sedikit dipotong pada arah kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku-keluang dan dijadikan penutupnya daripada potongan itu. Air kelapa itu dibuang dan diisi ke dalamnya sedikit air sejuk, dan kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil semuat-muat kelapa itu sahaja. Biasanya, kelapa itu dihiasi dengan lilitan rantai emas atau perak dan dicucuk dengan tajuk-tajuk rekaan yang indah-indah rupanya.

-Apabila kesemuanya sudah siap, maka bayi itu pun dibawa keluar dan dikelilingkan kepada tetamu-tetamu lelaki yang hadir dan setiap seorang daripada mereka dikehendaki menepuk sedikit tepung tawar, menebar sedikit beras kunyit dan bertih kepada bayi itu. Setelah perkara tersebut dilakukan, barulah tetamu-tetamu lelaki tadi menggunting sedikit sahaja rambut bayi itu dengan gunting yang telah disediakan. Lalu rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam kelapa yang telah diisi air. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi itu hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima atau tujuh atau seumpamanya. Pada masa inilah anak itu diberi nama oleh si bapa. Nama yang diberi adalah nama yang indah dan memberi maksud yang baik. Setelah selesai adat bercukur dan memberi nama anak yang telah dilakukan oleh pihak lelaki, anak itu akan dibawa masuk ke dalam rumah itu dan hal seperti menggunting rambut anak itu dilakukan pula oleh pihak perempuan.

Gambar hiasan tau hehe
 
Ok korang..tu la serba sikit kalau korang nak tahu tentang majlis bercukur nih yang sememangnya adalah adat bagi orang melayu untuk menyambut kelahiran bayi yang baru lahir..okep,kalau aku ade event lagi pasnie aku insyaAllah aku akan muatkan dalam blog nih untuk dikongsi bersame yeahhhh..emmm cik srikandi,kite nyer majlis bercukur camane yek nanti?? same2 kite nantikan bersame hehehe ahaks..^_^

Saturday, December 11, 2010

Ketinggalan,Ditinggal,Meninggal??

Seronok sebenanye kalau korang belaja bahase nie,lagi2 bahasa melayu..sebab nampak jep remeh tapi bile korang cube mendalami bahase ibunda tu sendiri baru koang tau betapa kompleks nye bahasa rasmi negara kita yang tercinta Malaysia hehehe tapi disebabkan korang dah biase ngan bahase tersebut sebab hari2 korang gune,sampai boleh disingkatkan ( memang tak bleh blah ) sehingga ke hari ini menyebabkan bahasa tersebut nampak cam tak susah..Bahasa Melayu memang seronok.

Tapi ape kene mengena Bahasa ngan post aku yang nih,haaaa jaoh tak aku konar baring nak starting cite..ala kalau korang jumpe selekoh tajam mesti korang belok gile cam nak seret lutot tol tak..kalau kaen skola biru tu sampai nak tebelah dibuatnye ish hahaha..em citenye simple and simplicity jep ahaks..hari sebelumnya ataupun semalam la kan senang cite,parents aku nak pegi melaka la very early in the morning coz me bapak nak gi JPJ ade urusan kat sane..memang da plan baek punye aku assist showing the way..

Tapiiii,huhuh pagi tadi bile aku mengkebil2 mencelikkan mateku..tengok2 eh rumah aku da kosong..shimataaaaaaa ( tidakkkk ) dorang da pegi melaka isk3..tak dapat aku ekot dorang..em tapi kan,haa ade clash of the titans cket earlier tu..pagi lepas solat subuh aku tido blek..and time tu me mum tanye aku nak ekot tak gi mlake..isk3 dalam kemamaian aku selambe menjawab "em,xpe la mak orang tak nak ekot"..pastu continue sleeping beauty..hehehe so in this particular matter ( hehe jangan marah ye cik srikandi ) em aku blame la myself sebab not well prepared..

Em,disebabkan hari jumaat yang membuatkan aku fokus untuk solat jumaat hehe aku stay la kat rumah, kalau gi melaka pon ok jugak, lagi besh dapat jalan2 ahaks..( bile lak aku jadi kaki jalan nih ) so,pas kemas rumah aku stat la moto gi rumah me bro coz die mintk tolong nak settlekan his school's blog..uish aku tengok tadi pergh gile gempak beb..cam laman sesawang ( eh katne aku jumpe nih haha ) kat webmaster jep..agak lame gak la nak figure it out camaner nak configure page kat blog nih..

Treett treeettt me mum call soh blek coz ayah nak pakai moto wat gi masjidla tak kan nak gi warung lak hehehe..me bro pon cakap,xpela ji nanti ko try figure keh,weh bukan figure skating aduy..em and so aku pon balek la kemas2 and siap2 pummm gi masjid,tetttt jalan kaki jep..pahala lebih alhamdulillah ^_^

So,apabila korang nak wat ape2 tu..rancang la sebaik mungkin keh so it will be sooth and smooth..sometimes kite pernah jugak buat perkare tanpa dirancang dan ia menjadi,memang advantage la untuk korang..tapi kan seeloknya better korang plan dulu keh..au revoir~

Friday, December 10, 2010

Petua-petua Kahwin

seindah hiasan adalah wanita solehah~
Haaa..post kali ini memang menarik la bagi aku sebab aku nak mendirikan rumahtangge (bukan rumah dengan tangge keh) dan insyaAllah it will be very useful bagi mereka yang dengan sepenuh hati nak mendirikan rumahtangge khususnya suami yang akan mengemudi bahtera rumahtangge tersebut..nie ade banyak petua untuk korang semua, yang perempuan berhasrat untuk menjadi isteri pon bleh bace pastu tak maw bace jep,aplikasila keh..



Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia?  Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?
  • Sentiasa berdoa agar disayangi.
  • Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
  • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
  • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
  • Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
  • Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
  • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
  • Sentiasa lakukan ibadah bersama.
  • Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
  • Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
  • Urut belakang isteri sekali sekala.
  • Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
  • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
  • Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
  • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
  • Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
  • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
  • Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
  • Lebihkan isteri daripada anak-anak.
  • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
  • Seeloknya masuk tidur serentak.
  • Belai isteri sebelum pergi kerja.
  • Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
  • Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
  • Lakukan riadah bersama isteri.
  • Pergi berkelah sekali sekala.
  • Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

    walimatul urus ^_^  wana know mine?
    Haaa..amacam,biar berbuih mate korang bace asalkan korang si suami nie dapat membahagiakan istri tcinte korang keh,aku doakan kebahagiaan korang and aku harap korang doakan kebahagiaan aku gak keh, BarakAllah 'Alaina~

Satu Malaysia Satu Ummah

Bangkitlah saudaraku
Assalamualaikum salam satu Malaysia..lau cik srikandi cinta rase cam pengacare,saya lak rase cam pembace brite,baru sign in ngan tv3 semalam hak3..tadela,hmmm apabila pertukaran tahun ke tahun dapat kita takrifkan sebagai tahun baru..tahun baru nie plak nak cite ngan korang even korang da tau,bukan tahun masihi jep yang ade tahun baru,tahun islam pon ade ade tahun baru nye sendiri exclusive n official nye dinamekan tahun hijrah..sepatutnye kita lebih mengutamakan tahun hijrah atas kita sebagai umat islam tambah2 lak kita umat Baginda akhir zaman..ish da x lme lg beb..Wahai umat islam,bangkitlah!!! Snap out of it..

Alhamdulillah aku rase bersyukur sangat2 ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahnya aku masih lagi diberikan peluan untuk meneruskan kehidupan tambah2 lak da masuk tahun baru nie,selawat dan salam juga aku sampaikan pada junjungan besar Rasulullah S.A.W kerana usaha yang tidak mengenal dan jerih baginda dapat aku masih menghirup dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam..

Salam Ma'al Hijrah untuk semua umat Islam

Dikesemapatan, aku ingin mengucapkan Salam Ma'al Hijrah dan Salam Awal Muharam khususnya kepada seluruh umat islam di muka bumi ciptaan yang Maha Esa dan seterusnya khusus untuk insan sejatiku sumber inspirasiku ^_^..

Alhamdulillah wa syukur Lillah
InsyaAllah ditahun yang baru nie same2 kita mempertingkatkan amal ibadat kita, doa juga pdaNya agar segala urusan di tahun hijrah yang baru nie dipermudahkan dan mendapat keredhaanNya..dan yang paling penting kita dapat meningkatkan mahabbah (kecintaan) padaNya mendekatkan diri kita lagi untuk sentiasa berlindung dan berada dibawah naungan yang Maha Kuasa..

Tuesday, December 7, 2010

Hatiku sudah berteman..

Haaa tamaw sedih2 sorang2 keh!
Dalam dunia nie sape jep la hidup yang tak maw nak ade teman,songel tol la hehehe..fitrah manusia nie hidup berteman selain berpasangan coz bile berpasangan ofkosh la teman,teman hidup hingge ke akhir hayat eceh~Berteman.Hmmm..yang bese aku denga camni,asal nak gi tandas jep mesti ajak teman..tak kesah la lelaki ke perempuan ke..haa nie kes memang berteman,obviously it does hehehe soo terms teman dan berteman nie memang banyak aspek korang buleh tengok keh dalam kamus dewan ke and task korang kali ini aku nak korang bezakan penggunaan teman dan berteman tu keh..

Hmmm..aku da lame tak update post, rase sedih gak la sebab bil P1 aku kene suspended aduyai nie pon tak settle lagi..terpaksalah aku tumpang online kat my brother punye streamyx..segan jugak la eventhough adik sendiri seibu sebapa hahahaha..

Settlekan bayaran anda secepat mungkin hahaha~

 Nak cite kat korang firstly alhamdulillah aku gembira and happy sangat2. Sebab ape?? sebab aku da berjaye dengan jayenye mendapatkan Lesen dam dam daradammm Lesen L hahahaha ala eventhough baru L aku tau banyak lagi yang aku kene study and apply dalam dunia perlesenan dan pemanduan nih..hehehe obviously dalam dunia nie mane ade bende senang beb..kalau senang nak susah hah memang terabur..tapi bile nak senang..korang susah2 dulu baru la dapat pe yang korang nak..itu namenye USAHA. 

Semua proses perlesenan, ujian komputerr aku pon lulus huhuhu leganye,tak lupe jugak teori dan praktikalku Alhamdulillah semuanye berjalan dengan lancar..disamping usaha dan tak penah nk kenal sipat putus ase, ia juga turut diiringi dengan doa oleh insan sejati yang sangat teristimewa buatku..nak tau??haaa tungu kad kotorang sampai hehehe aminnn~ oleh itu post ini ditujukan khas untuknya yang tidak putus2 mendoakan aku..jasa baik anda amat saya hargai dan saya sanjungi ahaks~terima kaseh, hatiku telah ditemani oleh insan sejati itu hehe suke2 sangat..terase tenang dan senang apabila bersamanya..aku memang ingat dia pon time exam~ahaks bukan time exam jep but ALL THE TIME~




Flash Toys at WishAFriend.com

Gourmet Of Our Love..

Nah Biskut ^_^