Nie boyan untuk si comey keh |
Apa itu Majlis Bercukur Jambul??
Haaaa bagi mereka yang agak teragak-agak nak jawab dan paling dasat diam jep pabila ditanya,meg aku ade complete set answer untuk korang..
Selepas tujuh hari dari hari bersalin, lazimnya diadakan kenduri nasi kunyit, kerana itulah harinya adat mencukur kepala anak kecil itu dijalankan. Kelengkapan yang disediakan untuk adat mencukur ini adalah seperti berikut:
{ skrg org buat majlis ni lepas ibu habis pantang,.. sbb ibu kene la gak melaram,.. yea la org dtg nak meraikan kelahiran anak }
-Anak kecil atau bayi itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan diletakkan dia di atas buaian yang dihias indah
-Satu dulang berisi tiga biji mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.
-Sebiji kelapa mumbang yang besar sedikit dipotong pada arah kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku-keluang dan dijadikan penutupnya daripada potongan itu. Air kelapa itu dibuang dan diisi ke dalamnya sedikit air sejuk, dan kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil semuat-muat kelapa itu sahaja. Biasanya, kelapa itu dihiasi dengan lilitan rantai emas atau perak dan dicucuk dengan tajuk-tajuk rekaan yang indah-indah rupanya.
Gambar hiasan tau hehe |
Ok korang..tu la serba sikit kalau korang nak tahu tentang majlis bercukur nih yang sememangnya adalah adat bagi orang melayu untuk menyambut kelahiran bayi yang baru lahir..okep,kalau aku ade event lagi pasnie aku insyaAllah aku akan muatkan dalam blog nih untuk dikongsi bersame yeahhhh..emmm cik srikandi,kite nyer majlis bercukur camane yek nanti?? same2 kite nantikan bersame hehehe ahaks..^_^
0 comments:
Post a Comment