Thursday, December 16, 2010

Lahirnya Dia Ke Dunia

Hmmm..alo ladies and gentlemen,tukang kayu and tukang tukang simen,mambang batu and superman hahaha ish dah lame dah ku tak publish new posh nih..entah mengapa hatiku ini sering kali gusar cewaahhh teater la plak..haaa korang,posh kali nie aku nak share cket jep tau hahaha berkenaan dengan majlis cukur jambul. Baru-baru nie buat rumah mak ngah aku coz menantu die yang baru tu da selamat melahirkan cahaya mata (perempuan) dan diberi nama,emmm pe tah aku lupe la panjang sangat kih3 nanti aku kasi tu korang keh.

Nie boyan untuk si comey keh

Apa itu Majlis Bercukur Jambul??

Haaaa bagi mereka yang agak teragak-agak nak jawab dan paling dasat diam jep pabila ditanya,meg aku ade complete set answer untuk korang..

Selepas tujuh hari dari hari bersalin, lazimnya diadakan kenduri nasi kunyit, kerana itulah harinya adat mencukur kepala anak kecil itu dijalankan. Kelengkapan yang disediakan untuk adat mencukur ini adalah seperti berikut:

{ skrg org buat majlis ni lepas ibu habis pantang,.. sbb ibu kene la gak melaram,.. yea la org dtg nak meraikan kelahiran anak }

-Anak kecil atau bayi itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan diletakkan dia di atas buaian yang dihias indah

-Satu dulang berisi tiga biji mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

-Sebiji kelapa mumbang yang besar sedikit dipotong pada arah kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku-keluang dan dijadikan penutupnya daripada potongan itu. Air kelapa itu dibuang dan diisi ke dalamnya sedikit air sejuk, dan kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil semuat-muat kelapa itu sahaja. Biasanya, kelapa itu dihiasi dengan lilitan rantai emas atau perak dan dicucuk dengan tajuk-tajuk rekaan yang indah-indah rupanya.

-Apabila kesemuanya sudah siap, maka bayi itu pun dibawa keluar dan dikelilingkan kepada tetamu-tetamu lelaki yang hadir dan setiap seorang daripada mereka dikehendaki menepuk sedikit tepung tawar, menebar sedikit beras kunyit dan bertih kepada bayi itu. Setelah perkara tersebut dilakukan, barulah tetamu-tetamu lelaki tadi menggunting sedikit sahaja rambut bayi itu dengan gunting yang telah disediakan. Lalu rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam kelapa yang telah diisi air. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi itu hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima atau tujuh atau seumpamanya. Pada masa inilah anak itu diberi nama oleh si bapa. Nama yang diberi adalah nama yang indah dan memberi maksud yang baik. Setelah selesai adat bercukur dan memberi nama anak yang telah dilakukan oleh pihak lelaki, anak itu akan dibawa masuk ke dalam rumah itu dan hal seperti menggunting rambut anak itu dilakukan pula oleh pihak perempuan.

Gambar hiasan tau hehe
 
Ok korang..tu la serba sikit kalau korang nak tahu tentang majlis bercukur nih yang sememangnya adalah adat bagi orang melayu untuk menyambut kelahiran bayi yang baru lahir..okep,kalau aku ade event lagi pasnie aku insyaAllah aku akan muatkan dalam blog nih untuk dikongsi bersame yeahhhh..emmm cik srikandi,kite nyer majlis bercukur camane yek nanti?? same2 kite nantikan bersame hehehe ahaks..^_^

0 comments:

Post a Comment

Gourmet Of Our Love..

Nah Biskut ^_^