Thursday, November 25, 2010

Perbezaan Antara Lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum and Gud Evening to all of you people..bersama saya  Dr.Fadzilah Kamtumi ^_^ em alhamdulillah hari ini aku nak kongsi serba sedikit ngan korang sume tentang perihal lelaki & perempuan nih..obviously perempuan nie memanglah berbeza ngan lelaki and espescially khusus untuk pasangan,si jejaka jangan sesekali expect yang pasangan korang same cam korang, begitu juge dengan si gadis..keserasian itu dibina dan bukan dicari.

Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:
… & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa

- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.

- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.

- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!

- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain.

- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.


RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL 
KEPADA PASANGAN LELAKI DAN PEREMPUAN ^_^

2 comments:

Srikandi Cinta said...

Yeye..
ade juga lelaki kuat cemburu..
contohnya macam... macam...
aaala empunya blog ni
kihkihkih

khaira fansuri said...

hehehehe
tipu la klu
lelaki x cmburu
cmburu tndenye syg ahaks
i lo_e U!!! ^_^

Post a Comment

Gourmet Of Our Love..

Nah Biskut ^_^